Saturday, December 15, 2012

Komet

  1. Komet ialah ketulan ais, gas beku dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. 
  2. Komet tidak mengeluarkan cahaya.  Namum, komet akan bersinar dan membentuk ekor yang panjang apabila berada berdekatan Matahari.
  3. Ukuran ekor komet boleh mencapai sehingga berjuta kilometer panjangnya. 
  4. Contoh komet ialah komet Holley.
  5. Komet Holley boleh dilihat dari bumi setiap 76 tahun. 
  6. Maklumat lanjut boleh rujuk link di bawah.
        http://cseligman.com/text/comets/pix.htm






METEOROID

  1. Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas.
  2. Terdapat berjuta-juta meteoroid dalam Sistem Suria.  Kebanyakkan mereoroid adalah kecil.
  3. Kadang kala, meteoroid mungkin memasuki ruang atmosfera Bumi.  Apabila ini berlaku, meteoroid akan menjadi panas dan terbakar.  Ini dikenal sebagai Meteor.
  4. Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam. 
  5. Meteor juga dikenali sebagai " tahi bintang".



6. Kebanyakan meteor terbakar sebelum terhempas di permukaan Bumi. 
7. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi disebut sebagai meteorit. 
8. Lubang atau kawah akan terbentuk di permukaan Bumi di tempat   
    meteorit terhempas.
9. Lebih besar meteorit itu maka lebih besar kawah yang terbentuk. 

Tuesday, December 4, 2012

Asteroid

  1. Asteroid ialah objek batuan yang beredar mengelilingi Matahari.
  2. Asteroid mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza.
  3. Saiznya boleh mencapai sehingga 100 km tetapi biasanya ia lebih kecil daripada planet-planet. 
  4. Kebanyakan asteroid berada dalam lingkaran di antara planet Marikh dan Musytari.
  5. Kawasan ini dikenali sebagai lingkaran asteroid.
  6. Lebih 100 000 asteroid terdapat dalam lingkaran asteroid. 
 

 
 
 
 

Satelit Semula Jadi

  1.  Satelit semuala jadi ialah jasad-jasad yang beredar mengelilingi planet.
  2.  Contohnya, Bulan ialah satu-satunya satelit semula jadi Bumi. Bulan beredar mengelilingi Bumi.
  3. Semua planet mempunyai satelit semula jadinya kecuali Utarid dan Zuhrah. 
  4. Musytari mempunyai paling banyak satelit semula jadi berbanding dengan planet-planet lain. 
  5. Setiap satelit semula jadi adalah lebih kecil daripada planetnya. 


Bilangan satelit semula jadi planet-planet dalam Sistem Suria

Planet
Bilangan satelit semula jadi
Utarid
0
Zuhrah
0
Bumi
1
Marikh
2
Musytari
63
Zuhal
48
Uranus
27
Neptun
13

 


Tuesday, October 23, 2012

Mari Kita Berkenalan Dengan Planet-Planet Lain

video

    1. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.
    2. Planet-planet beredar mengikuti lintasan tetap yang disebut sebagai  orbit.
    3. Orbit-orbit planet berbentuk elips ( bujur).
    4. Setiap planet mempunyai saiz orbit yang berbeza.
    5. Planet yang lebih hampir dengan matahari mempunyai orbit yang lebih kecil. 
    6. Planet-planet yang lebih jauh daripada matahari mempunyai orbit yang lebih besar. 
     

Friday, October 12, 2012

Planet

1.   Terdapat sembilan planet dalam Sistem Suria.
2.   Planet-planet itu ialah:
  •       Utarid
  •       Zuhrah
  •       Bumi
  •       Marikh
  •       Musytari
  •       Zuhal
  •       Uranus
  •       Neptun
  •       Pluto
3.   Planet berbentuk sfera seperti bola. 
4.   Planet tidak mengeluarkan cahaya dan haba.
5.   Semua Planet menerima cahaya dan haba daripada matahari.






Wednesday, October 10, 2012

Matahari



  1. Matahari ialah pusat Sistem Suria.
  2. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.
  3. Matahari ialah satu-satunya bintang dalam Sistem Suria. 
  4. Matahari mengeluarkan cahaya dan haba kepada planet-planet dan jasad-jasad lain dalam Sistem Suria. 
  5. Matahari juga ialah jasad terbesar dalam Sistem Suria. 

Monday, October 8, 2012

Sistem Suria

1.  Jasad-jasad dalam Sistem Suria ialah:

  • Matahari
  • planet
  • satelit semula jadi
  • asteroid
  • meteoroid
  • komet




Sunday, October 7, 2012

Pengenalan



Sistem Suria kita terdiri daripada Matahari dan sembilan planet. Matahari ialah pusat Sistem Suria.  Selain Matahari dan sembilan planet, terdapat juga jasad-jasad lain dalam Sistem Suria.  Apakah jasad-jasad itu?




 
 

Marilah kita melihat jasad-jasad tersebut dengan lebih dekat lagi.....
 
 
 video