Tuesday, October 23, 2012

Mari Kita Berkenalan Dengan Planet-Planet Lain

video

    1. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.
    2. Planet-planet beredar mengikuti lintasan tetap yang disebut sebagai  orbit.
    3. Orbit-orbit planet berbentuk elips ( bujur).
    4. Setiap planet mempunyai saiz orbit yang berbeza.
    5. Planet yang lebih hampir dengan matahari mempunyai orbit yang lebih kecil. 
    6. Planet-planet yang lebih jauh daripada matahari mempunyai orbit yang lebih besar. 
     

Friday, October 12, 2012

Planet

1.   Terdapat sembilan planet dalam Sistem Suria.
2.   Planet-planet itu ialah:
  •       Utarid
  •       Zuhrah
  •       Bumi
  •       Marikh
  •       Musytari
  •       Zuhal
  •       Uranus
  •       Neptun
  •       Pluto
3.   Planet berbentuk sfera seperti bola. 
4.   Planet tidak mengeluarkan cahaya dan haba.
5.   Semua Planet menerima cahaya dan haba daripada matahari.






Wednesday, October 10, 2012

Matahari



  1. Matahari ialah pusat Sistem Suria.
  2. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.
  3. Matahari ialah satu-satunya bintang dalam Sistem Suria. 
  4. Matahari mengeluarkan cahaya dan haba kepada planet-planet dan jasad-jasad lain dalam Sistem Suria. 
  5. Matahari juga ialah jasad terbesar dalam Sistem Suria. 

Monday, October 8, 2012

Sistem Suria

1.  Jasad-jasad dalam Sistem Suria ialah:

  • Matahari
  • planet
  • satelit semula jadi
  • asteroid
  • meteoroid
  • komet




Sunday, October 7, 2012

Pengenalan



Sistem Suria kita terdiri daripada Matahari dan sembilan planet. Matahari ialah pusat Sistem Suria.  Selain Matahari dan sembilan planet, terdapat juga jasad-jasad lain dalam Sistem Suria.  Apakah jasad-jasad itu?




 
 

Marilah kita melihat jasad-jasad tersebut dengan lebih dekat lagi.....
 
 
 video