Saturday, December 15, 2012

METEOROID

  1. Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas.
  2. Terdapat berjuta-juta meteoroid dalam Sistem Suria.  Kebanyakkan mereoroid adalah kecil.
  3. Kadang kala, meteoroid mungkin memasuki ruang atmosfera Bumi.  Apabila ini berlaku, meteoroid akan menjadi panas dan terbakar.  Ini dikenal sebagai Meteor.
  4. Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam. 
  5. Meteor juga dikenali sebagai " tahi bintang".



6. Kebanyakan meteor terbakar sebelum terhempas di permukaan Bumi. 
7. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi disebut sebagai meteorit. 
8. Lubang atau kawah akan terbentuk di permukaan Bumi di tempat   
    meteorit terhempas.
9. Lebih besar meteorit itu maka lebih besar kawah yang terbentuk. 

No comments:

Post a Comment